Tuesday, August 13, 2013

Ke rumah tinggalan

Petang raya tu, setelah penat bersilat melayan tetamu yang datang, aku amek basikal jalan-jalan kejap.

Aku nak gi rumah tinggalan Wak Long. Ada sesuatu yang menarik perhatian aku kat situ.


Parking basikal kat pokok manggis. Haih.. ada kenangan kat rumah ni.


Tadaa!! Inilah mende yang menarik perhatian aku.

Tertulis dgn tulisan jawi. Baca :
"Meninggal bapa Salim bin Rasidi pada 2.2.1982 hari Jumaat" (arwah atuk)
"Meninggal ibu Muslimah binti Kasman 5.8.1992" (arwah nenek)

Sambil-sambil kena gigit nyamuk, aku amek beberapa foto dari rumah tinggalan tu.

 
 
 
 
 
 
 

Setelah nyamuk-nyamuk kat situ kenyang, aku pun berhenti amek gambar. Baru aku perasan, amek gambar ni best jugak. Terasa macam setiap ciptaan Allah ni tengah bercerita dengan aku.

Kaca pecah, pokok reput, baju-baju lusuh, perabot usang, hiasan yang kotor, besi berkarat, rumah yang ditinggal, nama yang menjadi sejarah dan semua la yang ada kat situ macam tengah bercerita dengan aku.

Setiap kejadian itu meyakinkan aku bahawa,



Tiada apa-apa kat dunia ni yang kekal...



freshie
6 Syawal, Hulu Langat 

2 comments:

  1. tgkap gambar mmg best~ade buku tajwid tulisan jawi lama..sdg membahaskan ttg idgham maal ghunnah

    ReplyDelete
  2. org teliti je yg akan bc ape tulih kt buku tu. eheh. segan ada org pandai amek gmbr tgk blog ni

    ReplyDelete