Tuesday, August 13, 2013

Design 1

Ini beberapa foto yang aku shoot dari rumah tinggalan Wak Long dan aku editkan.

Hepi dapat jumpe ladybird ^__^

 
 
 


Ke rumah tinggalan

Petang raya tu, setelah penat bersilat melayan tetamu yang datang, aku amek basikal jalan-jalan kejap.

Aku nak gi rumah tinggalan Wak Long. Ada sesuatu yang menarik perhatian aku kat situ.


Parking basikal kat pokok manggis. Haih.. ada kenangan kat rumah ni.


Tadaa!! Inilah mende yang menarik perhatian aku.

Tertulis dgn tulisan jawi. Baca :
"Meninggal bapa Salim bin Rasidi pada 2.2.1982 hari Jumaat" (arwah atuk)
"Meninggal ibu Muslimah binti Kasman 5.8.1992" (arwah nenek)

Sambil-sambil kena gigit nyamuk, aku amek beberapa foto dari rumah tinggalan tu.

 
 
 
 
 
 
 

Setelah nyamuk-nyamuk kat situ kenyang, aku pun berhenti amek gambar. Baru aku perasan, amek gambar ni best jugak. Terasa macam setiap ciptaan Allah ni tengah bercerita dengan aku.

Kaca pecah, pokok reput, baju-baju lusuh, perabot usang, hiasan yang kotor, besi berkarat, rumah yang ditinggal, nama yang menjadi sejarah dan semua la yang ada kat situ macam tengah bercerita dengan aku.

Setiap kejadian itu meyakinkan aku bahawa,



Tiada apa-apa kat dunia ni yang kekal...



freshie
6 Syawal, Hulu Langat 

Sunday, August 11, 2013

Selamat datang

Salam!

Selamat datang ke blog foto aku.

^______^

Aku akan share gambar-gambar yang aku amek sendiri kat sini.
Saje menambah cara untuk berkarya.

Aku tahu dunia ni indah. Sesape yang suke amek gambar mesti akan cakap mende yang sama. Melalui lensa, korang akan dapat nampak mende yang orang lain tak nampak. Percayalah.

Tapi, seindah mana pun apa yang ada kat dunia ni, kampung akhirat jauuuuuuhh lebih indah!

Sekian, mohon tunjuk ajar.


freshie